Wanita Dipenjara Kerana Curi Pakaian Dalam Pelajar Lelaki Kolej Swasta
Perbuatan seorang wanita yang mencuri pakaian dalam lelaki kerana terpesona dengan kehensemannya langsung tidak berbaloi apabila dia dihukum penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret di sini semalam.
Tertuduh yang bekerja sebagai pembantu dapur di sebuah hotel didakwa melakukan perbuatan itu di dalam bilik sebuah rumah di Jalan Danau Saujana, Setapak pada pukul 5 petang 10 September lalu.
Majistret Ahmad Solihin Abd. Wahid memerintahkan Mohamad Firdaus Mohsin, 27, menjalani hukuman itu selepas tertuduh mengaku bersalah mencuri baju dalam, seluar dalam dan pakaian lelaki dengan nilai keseluruhan RM400 milik seorang pelajar kolej swasta berusia 21 tahun.
Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara 10 tahun dan denda.
admin:- Artikel dan tajuk di atas telah diubah suai. nanti admin post artikel sebenar :)
Wanita Dipenjara Kerana Curi Pakaian Dalam Pelajar Lelaki Kolej Swasta
Reviewed by admin
on
9/14/2016
Rating:
No comments: