Ajal 7 Bersaudara Dalam Lombong Kuari


TAWAU – Tujuh daripada sembilan ekor gajah yang dipercayai mahu be­rendam ditemui mati ter­perangkap dalam kolam berlumpur bekas tapak kuari di Rinukut berdekatan sebuah kawasan perusahaan kayu balak di Kem Pembalakan Berkat Saga di sini Sabtu lalu.
Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah, Augustine Tuuga berkata, maklumat mengenai kejadian tersebut diperoleh dari­pada orang awam pada 10 September lalu mengenai sekumpulan gajah yang tidak dapat keluar dari kolam berlumpur.
Menurut beliau, sekumpulan pegawai dan anggota dari Pejabat Hidupan Liar Tawau dan Unit Penyelamat Hidupan Liar diarah menjalankan misi menyelamat haiwan berkenaan.
Semasa ditemui pada pukul 2 petang, lima ekor gajah sudah mati manakala dua ekor lagi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan. Dua ekor gajah yang dalam keadaan tenat itu terpaksa melalui proses eutanasia iaitu dimatikan kerana haiwan itu terlalu lemah, buta dan badan kekurangan air.
Bagaimanapun, dua lagi ekor gajah yang turut terperangkap di kawasan berlumpur itu berjaya diselamatkan dan dilepaskan semula ke dalam hutan.
“Malangnya apabila pasukan kami tiba, kami dapati lima daripada sembilan ekor gajah yang terperangkap sudah mati, dua lagi dalam keadaan nyawa-nyawa ikan manakala dua lagi masih bertenaga,” kata beliau di sini semalam.



kredit- kosmo online
Ajal 7 Bersaudara Dalam Lombong Kuari Ajal 7 Bersaudara Dalam Lombong Kuari Reviewed by admin on 9/14/2016 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.