Dato Ong Kim Swee Senarai 5 Pemain Baru
KETUA jurulatih skuad kebangsaan, Datuk Ong Kim Swee membuat kejutan dengan menyenaraikan lima pemain baharu dalam senarai panggilan terkini skuad Harimau Malaysia menjelang aksi persahabatan antarabangsa kelas A bertemu Singapura dan Afghanistan bulan depan.
Mengulas mengenai keputusan tersebut, Kim Swee percaya ini merupakan peluang terbaik untuk beberapa pemain baharu yang dipanggil seperti Fazrul Hazli, Hadin, Khuzaimi, Rizal dan Syazwan untuk membuktikan kemampuan mereka sebelum disenaraikan dalam skuad Piala Persekutuan Bola Sepak Asia Tenggara (AFF) 2016.
“Brendan (Gan) terpaksa diketepikan atas faktor kecederaan. Namun, tiga pemain lain yang digugurkan tidak bermakna mereka terkeluar terus (daripada perancangan) tetapi saya ingin memberi peluang kepada pemain-pemain lain.
“Saya tahu kemampuan dan kualiti yang dimiliki oleh Wan Zack, Amer dan Khair Jones. Bagaimanapun, saya tidak boleh menyenaraikan 28 pemain pada sesi pemilihan kali ini,” katanya dalam satu kenyataan semalam.
Sebagai rekod, Kim Swee bertindak untuk menggugurkan empat pemain yang dipilih ketika skuad negara tewas mengejut 0-3 kepada Indonesia awal bulan ini seperti Brendan Gan dan Wan Zack Haikal Wan Nor yang mewakili pasukan Kelantan, Mohammad Amer Saidin (Johor Darul Takzim II) serta Khair Muhammad Jefri Jones (Melaka United).
Mereka telah digantikan oleh muka baharu iaitu Mohd. Fazrul Hazli Mohd. Kadri dari Perak, Muhammad Hadin Azman (Felda United), Ahmad Khuzaimi Piee (Melaka United) serta Mohd. Rizal Mohd. Ghazali dan Mohd. Syazwan Zainon (Kedah).
“Tujuan saya memulakan kem latihan pusat lebih awal iaitu kerana kumpulan pertama pemain yang disenaraikan adalah beraksi di posisi pertahanan.
Seramai 12 pemain yang tersenarai hendaklah melaporkan diri di Wisma FAM, Kelana Jaya pada 27 September ini.
Sementara itu, 13 pemain yang mempunyai komitmen dengan saingan separuh akhir Piala Malaysia dan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) perlu hadir pada 2 Oktober.
“Contohnya Shahrul, Ronny, Matthew dan Nazirul Naim adalah tonggak pertahanan. Justeru, ia akan memberi peluang kepada saya memberi tumpuan selain melakukan lebih banyak latihan intensif di posisi ini, sebelum menanti kumpulan kedua pemain hadir pada 2 Oktober.
“Sasaran saya cukup jelas. Pertama, ini adalah kem latihan pusat terakhir sebelum kejohanan Piala AFF dan peluang bagi saya untuk menilai barisan pemain yang terpilih. Kemudian, saya mahu mencatat keputusan positif untuk menaikkan kembali ranking skuad kebangsaan,” ujarnya.

Reviewed by admin
on
9/21/2016
Rating:
No comments: