Siapa Jejaka Yang Sedang Bercinta Dengan Mira Filzah?

SEJAK kisah cinta antara pelakon kacak, Fattah Amin bersama Sherry Ibrahim dilaporkan ternoktah baru-baru ini, ramai juga yang cuba membuat spekulasi masing-masing di laman sosial.

Antara yang terpalit sama sudah tentu pelakon comel, Mira Filzah yang juga heroin Fattah dalam drama Ketupat Palas Mr. Handsome.

Biarpun kedua-dua pihak baik Fattah mahupun Mira sudah pun menafikan dakwaan kononnya mereka bercinta baru-baru ini, ia masih belum cukup untuk menghentikan komen kedua-dua peminat di laman sosial.



Mira Filzah juga pernah digosipkan bercinta dengan beberapa individu lain termasuklah Zizan Razak, Syarul Rizuan dan Ben Ali.


“Saya tidak bercinta dengan Syarul Ridzwan apatah lagi menjadi orang ketiga seperti didakwa. Memang benar kami saling mengenali sejak beberapa tahun lalu iaitu pada tahun 2011. Ketika itu saya masih bersekolah dan dia belum jadi pelakon, namun selepas itu kami tidak lagi berhubung”

“Sejak dulu lagi, Ben menjadi pakar rujuk dan memberi tunjuk ajar. Saya lebih banyak kawan rapat dalam kalangan lelaki. Ben adalah salah seorang daripada mereka. Mungkin saya lebih selesa berkawan dengan lelaki berbanding wanita,” jelasnya kepada BH Online.

Bagaimanapun, Mira tak cepat melatah dengan gosip yang melanda dirinya itu sebaliknya beliau sekadar menyifatkan perkara itu adalah lumrah selagi dirinya belum berkahwin malah tambah Mira beliau dan Ben tahu batas hubungan yang terjalin di antara mereka
Siapa Jejaka Yang Sedang Bercinta Dengan Mira Filzah? Siapa Jejaka Yang Sedang Bercinta Dengan Mira Filzah? Reviewed by admin on 9/03/2016 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.