Awas!! Pengguna Telco ini Dikenakan Caj Tersembunyi!!



“SEDAR-sedar kredit kena telan padahal tak banyak panggilan atau mesej dibuat.

“Hmmm...kuota internet kena ditambah lagi."

Ini antara rungutan pengguna berikutan berlaku ‘harga tersembunyi’ syarikat telekomunikasi (telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan amat misteri.

DALAM pada isu harga barangan hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini, terdapat juga harga lain yang harus dipantau pihak berkuasa negara kerana ia turut membabitkan wang poket pengguna.

Malah, cabaran bagi memastikan hak pengguna dalam soal harga yang ini pasti lebih mencabar kerana ia melibatkan nilai ‘tersembunyi’ dan sukar dipantau pengguna sendiri — ia adalah caj dikenakan syarikat telekomunikasi (Telco) di negara ini yang boleh dikatakan berada di tahap melampau dan sering membingungkan.

Masalah membabitkan caj Telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia.



Jika dahulu rungutan yang sering diutarakan adalah “sedar-sedar kredit kena ‘telan’ padahal tak banyak panggilan atau mesej keluar dibuat”, kini antara yang popular adalah “kejap je kuota Internet perlu ditambah nilai kerana sudah melepasi had dilanggan”

Ini belum lagi mengenai mutu perkhidmatan yang tidak konsisten. Walaupun pengguna tidak berjaya menghubungi seseorang dan talian terputus, namun caj tetap dimasukkan dalam bil!

Masalah membabitkan caj telco ini sebenarnya sudah lama membelenggu fikiran rakyat Malaysia dan ia sukar dipantau oleh pengguna sendiri.

Sampai bila rakyat Malaysia akan menghadapi permasalahan ini?
Awas!! Pengguna Telco ini Dikenakan Caj Tersembunyi!! Awas!! Pengguna Telco ini Dikenakan Caj Tersembunyi!! Reviewed by admin on 9/03/2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.