Sedih!! Terpaksa Tinggal Di Bilik Yang Hampir Roboh

KEPALA BATAS - Sebuah keluarga dari Kampung 20 Sungai Tembus, Penaga terpaksa menjadikan kedai makan sebagai tempat berteduh walaupun kediaman berkenaan hanya mempunyai satu bilik dan mengalami keretakan.



Hussin Ahmad, 61, atau lebih dikenali sebagai Pak Non berkata, dia dan isterinya, Rabiah Md Isa, sebelum itu mengusahakan kedai makan dan menyewa di kawasan berhampiran.

"Masa itu perniagaan yang kami jalankan agak laku. Lama-kelamaan, perniagaan jatuh merosot.

"Jadi hendak jimatkan kos, saya ambil keputusan tinggal di kedai ini dan inilah rumah saya bersama isteri kini,” katanya.

“Sebab bahagian bawah dinding ini telah retak, struktur tanah pula tidak kukuh, namun Alhamdulillah setakat ini tiada sebarang perkara buruk yang berlaku”

"Setiap kali mahu lelapkan mata, saya pasti terbayang keadaan rumah ini. Bimbang kejadian buruk menimpa keluarga," kata bapa kepada empat cahaya mata.

Hussin berkata, anak-anaknya ada yang membantu menghulurkan perbelanjaan dapur, namun dia tidak mahu terus menerus menyusahkan anak-anak kerana mereka sudah mempunyai tanggungan sendiri.

Sementara itu, Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Seberang Perai Utara, Nor Azura Ahmad berkata, pihak JKM akan mengadakan lawatan segera ke rumah keluarga ini.

“Pihak JKM akan turun segera ke rumah keluarga ini bagi meninjau keadaan mereka dan pada masa sama kita akan meneliti bantuan yang layak untuk keluarga ini.

“JKM pada masa sama akan merujuk kepada agensi yang terlibat untuk keperluan keluarga ini,” katanya

Sementara itu, Rabiah berkata, dalam hatinya siapa yang tidak mahu tinggal di rumah yang luas dan selesa.

“Tapi apakan daya, ini sahaja yang kami mampu, kalau dulu tak mengapalah masa ada kedai makan, ada juga pendapatannya.

“Tapi kini hanya mengharapkan pendapatan suami semata-mata, memang agak susah, nelayan pula hasilnya tak menentu, kalau cuaca baik, hasil banyak maka banyaklah, tapi kalau hasil kurang, maka kuranglah, apa-apa pun sebagai isteri saya memang kena banyak bersabar,” katanya.

Apa yang membimbangkan wanita ini, rumah yang dihuninya kini retak di bahagian dinding.

“Setiap malam sebelum tidur, saya dan suami amat bimbang tentang keadaan dinding ini, risau kalau-kalau ia roboh.


admin: bersyukurlah jika kita ada lebih dari ini.
Sedih!! Terpaksa Tinggal Di Bilik Yang Hampir Roboh Sedih!! Terpaksa Tinggal Di Bilik Yang Hampir Roboh Reviewed by admin on 9/02/2016 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.