Pembunuh Kucing Ditangkap di Kampung Bukit Kaya, Kangar

KANGAR – Misteri kehilangan kucing peliharaan dan kucing-kucing terbiar di kawasan Kampung Bukit Kaya berhampiran Bukit Lagi di sini terungkai ekoran tertangkapnya seekor ular sawa yang sedang kekenyangan semalam.



Abdul Karim Ahmad, 63, berkata, semasa kejadian pada pukul 12.30 tengah hari, dia yang dalam perjalanan ke rumah anaknya dipanggil seorang pemotong rumput yang memaklumkan mengenai ular sawa besar berada dalam semak di tepi jalan.

Pemotong rumput itu terus memaklumkan kepada penduduk di taman itu berhubung penemuan ular sawa tersebut.


Haiwan daripada jenis sawa batik sepanjang tujuh meter dan seberat 40 kilogram (kg) ditangkap selepas seorang pemotong rumput terkejut ternampak kepala ular bersaiz besar. Berdasarkan fizikal ular tersebut, ia dianggarkan berusia lima tahun.


Pembunuh Kucing Ditangkap di Kampung Bukit Kaya, Kangar Pembunuh Kucing Ditangkap di Kampung Bukit Kaya, Kangar Reviewed by admin on 9/21/2016 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.