Kejam!! Bapa Rogol Anak Sendiri

Kota Bharu: Penoreh getah dijatuhi hukuman penjara 13 tahun dan lapan sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas tuduhan merogol anak kandung di antara 2013 hingga 2014.



Tertuduh, 38, mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Nazri Ismail.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didakwa merogol anak kandungnya yang ketika itu berusia 13 tahun di rumah dekat Kuala Krai di antara 1 pagi hingga 2 pagi, 2013 hingga 2014.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara tidak kurang enam tahun hingga 20 tahun jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Hajar Alias memohon hukuman setimpal dikenakan kepada tertuduh kerana kesalahan merogol anak sendiri.


Berikut merupakan beberapa lagi berita berkaitan bapa rogol anak.


JOHOR BAHRU - Seorang tentera bukan sahaja tergamak merogol anak perempuannya berusia 17 tahun malah turut mengugut membunuh mangsa menggunakan pedang samurai sekiranya tidak menuruti kemahuannya.

Mangsa tinggal bersama ibu kandungnya di Selangor dikatakan datang ke Johor untuk mengubati penyakit 'epilepsi' yang dihidapinya dan bermalam di rumah suspek di Taman Desa Tebrau, di sini.

Kedua-dua ibu bapa mangsa sudah berpisah dan tinggal berasingan sejak 2006 dan mempunyai tiga orang anak.




SUNGAI PETANI: Seorang buruh kasar dijatuhkan hukuman penjara keseluruhan 40 tahun dan 20 sebatan oleh Mahkamah Sesyen, di sini, sebentar tadi atas tiga kesalahan merogol anak kandungnya berusia 13 tahun. Tertuduh yang berumur 36, tahun dari Kuala Ketil, dekat sini, yang didapati salah atas ketiga-tiga pertuduhan itu, kelihatan sugul ketika keputusan hukuman dibaca hakim M Vijayalakshmi. 

Mengikut pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh didakwa merogol anak kandungnya beberapa kali masing-masing di dalam bilik tidurnya dan bilik tidur mangsa di rumah mereka pada Mei tahun lalu. 

Bagi pertuduhan ketiga, tertuduh didakwa melakukan kesalahan sama di sebuah ladang kelapa sawit di Kuala Ketil, jam 6 pagi pada 3 April lalu.


admin: apa nak jadi dengan bapa sekarang ni. ada masalah mental ke apa..
Kejam!! Bapa Rogol Anak Sendiri Kejam!! Bapa Rogol Anak Sendiri Reviewed by admin on 9/04/2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.