Kakitangan Kerajaan Bakal Nikmati Waktu Kerja 6 Sehari

PORT DICKSON – Kerajaan sedia mengkaji kesesuaian cadangan pelaksanaan sistem waktu bekerja selama enam jam sehari dalam kalangan kakitangan awam.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr. Ali Hamsa berkata, langkah tersebut perlu diteliti terlebih dulu termasuk dari segi kewajaran tempoh bekerja yang lebih pendek berbanding lapan jam pada masa ini.

“Jika kita lihat terutama di UTC (Pusat Transformasi Bandar), sebenarnya ada beberapa agensi yang mempu­nyai syif kerja selama 14 jam dan mereka membahagikan kepada dua syif iaitu tujuh jam bagi setiap kakitangan.



“Memang ini (waktu bekerja lebih pendek) telah diamalkan. Bagaimanapun, kita akan teliti terlebih dulu dan apa perlu­nya bekerja enam jam ini. Semua ini akan dikaji oleh kerajaan,” katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perbarisan Tamat Latihan Program Transformasi Minda dan Kursus Asas Pegawai Imigresen Gred KP19 di Akademi Imigresen Malaysia di sini semalam.

Setiausaha Agung Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), N. Gopal Kishnam baru-baru ini meminta kerajaan mempertimbangkan agar mengurangkan waktu bekerja dalam sehari di negara ini kerana waktu kerja panjang akan memberi kesan buruk kepada produktiviti pekerja.

 Beliau turut mengambil contoh Sweden yang mula mengamalkan sistem bekerja enam jam sehari setelah menunjukkan hasil memberangsangkan kepada pekerja di negara berkenaan.

 Katanya, beberapa negara jiran di rantau ini juga sudah mula menurunkan bilangan jam be­kerja sehingga kepada 40 jam seminggu berbanding 48 jam seminggu yang diperuntukkan dalam undang-­undang di Malaysia

Namun, Dr Fatimah Wati menekankan kepentingan pengamalan fleksibiliti dari segi waktu bekerja yang harus dipersetujui di antara pekerja dan majikan.

"Contohnya, jika kita dikehendaki menyumbang sebanyak 40 jam seminggu kepada organisasi, kita dahulukan mana yang penting pada hari-hari tertentu, misalnya hal-hal kecemasan melibatkan keluarga dan menebus balik waktu yang tertinggal pada hari-hari yang lain," kata Dr Fatimah Wati.

Baginya, perkara ini yang wajar diberi perhatian kerajaan dan majikan dalam hal-hal berkaitan produktiviti pekerja.

Pandangan sama turut disuarakan Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) dalam hal ini.
Kakitangan Kerajaan Bakal Nikmati Waktu Kerja 6 Sehari Kakitangan Kerajaan Bakal Nikmati Waktu Kerja 6 Sehari Reviewed by admin on 9/03/2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.