Syabas PDRM!! Sindiket Pengemis Kanak-kanak Tumpas

Kuala Lumpur: Seramai 17 warga asing termasuk enam kanak-kanak berjaya diselamatkan oleh polis semalam, selepas dikesan menjadi buruh paksa satu sindiket untuk mengemis di beberapa lokasi pasar malam di Puchong.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat (D7) Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, semua pengemis berusia antara dua tahun hingga 50-an yang diselamatkan itu terdiri daripada dua lelaki, sembilan wanita dan enam kanak-kanak.

Katanya, siasatan awal mendapati sindiket didalangi tiga lelaki dan seorang wanita itu menyediakan tempat tinggal dan makanan kepada semua mangsa.



"Mangsa dihantar ke beberapa lokasi pasar malam untuk mengemis selama beberapa jam sebelum dijemput pulang mengikut masa ditetapkan sindiket.

"Siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007 (Atipsom) kerana mengeksploitasi warga asing termasuk kanak-kanak sebagai buruh paksa," katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar turut merakamkan ucapan syabas atas kejayaan itu menerusi akaun Twitter miliknya.

Berikut merupaka beberapa lagi berita berkaitan pengemis kanak-kanak ini.

KUALA LUMPUR 15 Jun - Beberapa ahli Dewan Negara hari ini mendesak Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat segera menangani isu kanak-kanak jalanan atau pengemis yang didapati semakin berleluasa di negara ini terutamanya di ibu kota.

“Kita mahu tahu apa status warganegara kanak-kanak ini dan adakah bilangan pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tidak mencukupi dan tidak bekerja pada waktu malam untuk menahan kanak-kanak ini daripada menjadi pengemis?,”

KEPALA BATAS: Usia mereka masih mentah tetapi mereka sentiasa dilihat berkeliaran membuat jualan amal atau dalam kata lain mengemis di tempat awam tanpa mengira waktu siang atau malam.

Secara logiknya ibu bapa tidak akan membenarkan anak-anak mereka bekeliaran di tempat awam terutama pada waktu malam.

Tetapi lain pula penjelasan seorang ibu yang anaknya ditahan dalam operasi menyelamat kanak-kanak yang dieksploitasi untuk mengemis di sini pada 13 Januari lepas.
Syabas PDRM!! Sindiket Pengemis Kanak-kanak Tumpas Syabas PDRM!! Sindiket Pengemis Kanak-kanak Tumpas Reviewed by admin on 9/04/2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.