Terima Kasih APMM Kerana Terbangkan Bayi Ini Ke Hospital Serdang
KOTA BHARU - Seorang bayi perempuan yang menghidap penyakit jantung berlubang sejak lahir selamat diterbangkan ke Hospital Serdang, Selangor melalui penerbangan ihsan Maritim Malaysia (APMM) pagi tadi.
Pengarah Maritim Wilayah Timur, Laksamana Pertama Maritim, Datuk Mamu Said Alee berkata, helikopter Agusta Westland AW139 itu dikendalikan oleh juruterbang, Leftenan Komander Mohd. Ikmal Ridzuan dibantu pembantu juruterbang, Leftenan Komander Mohamad Zali Yusoff.
Bayi berkenaan, Nur Shaurah Shahril Nizam (gambar), berusia sebulan ditemani ibunya, Dr. Hazura Hamzah yang bekerja di Hospital Tanah Merah di sini dan diiringi seorang doktor serta dua jururawat.
"APMM melakukan penerbangan ihsan bagi memindahkan bayi perempuan yang dirawat di Hospital Raja Perempuan Zainab II di sini ke Hospital Serdang untuk mendapatkan rawatan lanjut," katanya di sini hari ini.
"Penerbangan tersebut berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa kira-kira pukul 10 pagi dan tiba di Hospital Serdang kira-kira pukul 12 tengah hari.
Tambahnya, beberapa peralatan turut dibawa bersama seperti tangki oksigen dan beg peralatan kecemasan sepanjang penerbangan yang memakan masa hampir dua jam itu

Reviewed by admin
on
9/09/2016
Rating:
No comments: