Kejam! Pemandu Lori dan Pekerja Kilang Bunuh Pelajar SPM
ALOR GAJAH – Dua lelaki berdepan hukuman mati selepas mereka dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini semalam atas pertuduhan membunuh seorang calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun ini di Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini pada Ogos lalu.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa secara bersama-sama membunuh pelajar tingkatan lima sebuah sekolah menengah, Mohd. Shahrul Asri Rosainif, 17, di tepi jalan Kampung Telok Gong, Kuala Sungai Baru di sini pada pukul 11 malam, 19 Ogos lalu.
Bagaimanapun tiada sebarang pengakuan direkodkan daripada kedua-dua tertuduh tersebut.
Tertuduh, Mohd. Afandi A. Aziz, 42, yang bekerja sebagai pemandu lori dan Muhammad Aqil Ikram Zamri, 18, seorang pekerja kilang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Nor Azizah Yusof.
admin: tak habis-habis kes bunuh orang sekarang ni. syukurlah Malaysia masih aman

Reviewed by admin
on
9/08/2016
Rating:
No comments: