Kuasa Saya Untuk Tentukan PRU

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mempunyai hak mutlak untuk mencadangkan tarikh pembubaran Parlimen bagi memberikan laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14), kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Salleh Said.



“Ia adalah prerogatif Najib untuk menentukan bila beliau mahu (mencadangkan) pembubaran Parlimen, matlamat kami sebagai kerajaan bukan hanya untuk mengadakan pilihan raya tetapi lebih kepada tumpuan dalam memberikan khidmat kepada rakyat,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan KL Converge! 2016 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur di sini semalam.


Beliau berkata, kerajaan sebaliknya kini memberikan tumpuan dalam menangani pelbagai isu berkaitan rakyat sebelum pembentangan Bajet 2017 pada Oktober ini.


Kuasa Saya Untuk Tentukan PRU Kuasa Saya Untuk Tentukan PRU Reviewed by admin on 9/22/2016 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.