6 Tips Rumah Sentiasa Kemas Yang Ramai Tak Tahu

Hujung minggu adalah hari mengemas rumah bagi hampir semua wanita terutamanya kepada ibu yang bekerjaya. Kalau nak harapkan hari-hari kerja, memang tak sempatlah. Nak-nak kalau yang jenis sampai rumah dah senja atau yang selalu outstation. Kalau yang jenis ramai anak kecil yang lasak dan aktif, mesti rumah boleh mengalahkan tongkang pecah, hehehe.



1. Jangan Buat Sepah

Senang kan.. Kalau tidak buat sepah, tak perlu nak kemas rumah sangat..hehe.. Pastikan semua barang di tempat asal setelah digunakan. So, tak perlu la nak kemas di kemudian masa.

2. Basuh Baju 2 3 Kali Seminggu

Sebenarnya tak perlulah rigid sangat. Kalau keluarga kecil, boleh basuh baju 2-3 kali seminggu je. Tapi kalau keluarga besar, mungkin perlu setiap hari, malah mungkin beberapa kali sehari.

Kalau memang selalu ada aktiviti hujung minggu, cuba elakkan membasuh baju pada hari tersebut.

3. Ajak Ahli Keluarga Kemas Bersama-sama

Ini memang cepat dan mudah kalau ada ahli keluarga yang ramai. tugas boleh dibahagikan supaya kerja lebih cepat siap dan tidak terlalu membebankan. ia juga bagus sebagai salah satu aktiviti yang ebrmanfaat untuk keluarga terutamanya bagi ubi bapa yang selalu sibuk bekerja pada hari biasa.

4. Upah Orang Gaji

Image result for orang gaji
Ini alternatif kalau dah rasa mampu. boleh upah orang gaji supaya semua bab kemas mengemas ni dia buat. boleh la nak rilex je..tapi,jangan ambil orang gaji yang muda-muda.silap haribulan, boleh jadi madu..haha..

5. Upah Tukang Kemas per hour

Ini pun alternatif kalau rasa dah tak larat sangat. bayaran bergantung pada jumlah masa yang diperlukan untuk mengemas. ada yang murah, ada yang mahal. Kena pandai cari. Tapi ingat, jangan upah pencuri untuk kemas rumah anda. memang akan terus bersih dan tak perlu kemas dah lepas tu..hehe..

6. Jangan Masuk Rumah

Image result for no entry house
Ini pun lagi senang. lepas kemas rumah, jangan masuk terus. kunci semua pintu dan pagar, pergi tido rumah jiran sebelah.mandi dan makan pun kat rumah diorang.. jimat terus bil api air semua..sure rumah bersih punya..haha

Jadi, sesibuk manapun kita, bukanlah alasan untuk tidak mendapat rumah yang cantik, tersusun dan kemas. Walaupun mungkin agak mencabar bagi mereka yang mempunyai anak-anak kecil yang aktif dan lasak, tetapi kita masih boleh mencari jalan untuk berkemas. Cumanya perlu diingat agar jangan jadi stress andai kekemasan rumah kita tidak sama sebagaimana sewaktu kita bujang dahulu.

p/s: sila ikut tips di atas jika anda mampu, segala risiko adalah tanggungjawab anda :)
6 Tips Rumah Sentiasa Kemas Yang Ramai Tak Tahu 6 Tips Rumah Sentiasa Kemas Yang Ramai Tak Tahu Reviewed by admin on 8/26/2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.