3 Tips Dapatkan Kelulusan Serta Merta Untuk Permohonan Rumah Selangorku

Dasar Perumahan Negeri Selangor yang utama adalah untuk merialisasikan matlamat 'Satu Keluarga Satu Kediaman Yang Sempurna'. Ini adalah bagi memastikan setiap rakyat atau keluarga mempunyai tempat tinggal yang baik, selesa dan selamat untuk didiami. Kerajaan Negeri telah memperkenalkan satu konsep perumahan yang baru iaitu Perumahan Mampu Milik atau "Affordable Homes" yang memberi lebih keselesaan sama ada dari segi saiz, rekabentuk mahupun komunitinya.

Kini Rumah Kos Rendah, Rumah Kos Sederhana Rendah, Rumah Kos Sederhana dan Rumah Mampu milik dikenali sebagai Rumah Selangorku - Rumah Mampu Milik Untuk Rakyat.




Sila ikuti tips di bawah untuk dapatkan kelulusan serta merta untuk Skim Rumah Selangorku.

1. Memenuhi syarat-syarat kelayakan asas untuk permohonan rumah pertamaku:

  • Rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas
  • Pendapatan bulanan tidak melebihi RM10 000
  • Tidak memilik mana-mana hartanah dalam negeri Selangor
2. Jika anda telah memenuhi syarat-syarat di atas, sila bawa dokumen-dokumen berikut untuk disemak:
  • Salinan Mykad pemohon
  • Salinan penyata gaji terkini
  • Salinan penyata KWSP
  • Surat pengesahan bujang
  • Salinan bil air atau bil elektrik
  • Wang pendahuluan RM2000
3. Bawa dokumen anda ke Setia Alam Welcome Centre pada 4 Sept. 2016 bermula 8.00pagi untuk pengesahan di kaunter-kaunter berikut:
  • RAMCI - CCRIS
  • PTPTN - status senarai-hitam
  • Institusi Kewangan/Bank - Kelayakan Pinjaman Perumahan
  • Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor - Kelayakan 
  • Pemaju - Pertanyaan dan Pembelian
  • Pesuruhjaya Sumpah
Kelulusan serta merta akan anda perolehi jika anda melepasi pemeriksaan kaunter-kaunter di atas dan memenuhi syarat-syarat kelayakan.

Semoga tips ini membolehkan anda memperoleh rumah Selangorku dengan jayanya :)

p/s: sila SHARE kepada kenalan anda yang mungkin memerlukan tips ini.


3 Tips Dapatkan Kelulusan Serta Merta Untuk Permohonan Rumah Selangorku 3 Tips Dapatkan Kelulusan Serta Merta Untuk Permohonan Rumah Selangorku Reviewed by admin on 8/28/2016 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.