Sedih!! Ini Punca Sebenar Adik Ini Maut di Bahu Jalan

DUNGUN – Seorang ibu tergamam hingga hilang kata-kata apabila menyaksikan anak bongsunya maut akibat dilanggar sebuah kereta semasa melintas jalan untuk ke sekolah di Kilometer 7.8, Jalan Paka-Al Mukhtafi Billah Shah di sini semalam.

“Namun, kemalangan itu berlaku dengan pantas. Ketika Mohd. Syamil melintas jalan untuk ke sekolah yang berada di seberang jalan tiba-tiba sebuah kereta Proton Persona dipandu oleh seorang wanita berusia 30-an merempuhnya.



“Rempuhan itu menyebabkan anak saya tercampak ke bahu jalan. Saya yang menyaksikan kejadian itu tergamam dan tidak tahu berbuat apa-apa sebelum anak sulung saya (Budiamin) yang turut berada di dalam kereta meluru keluar mendapatkan adiknya,” katanya.

Rempuhan kereta Proton Persona tersebut menyebabkan Mohd. Syamil Harun, 10, yang merupakan murid tahun empat Sekolah Kebangsaan (SK) Santong, Paka di sini nyawa-nyawa ikan sebelum menghembuskan nafasnya yang terakhir di pangkuan abang sulungnya, Budiamin, 22, pada pukul 7.15 pagi.

Ibu mangsa, Hairah Abd. Rashid, 53, berkata, sebelum kejadian, anaknya yang berpa­kaian lengkap pasukan beruniform pengakap itu pada mulanya turun dari kenderaan pacuan empat roda, Nissan Frontier di tepi jalan.




Sedih!! Ini Punca Sebenar Adik Ini Maut di Bahu Jalan Sedih!! Ini Punca Sebenar Adik Ini Maut di Bahu Jalan Reviewed by admin on 9/20/2016 Rating: 5

No comments:

loading...
Powered by Blogger.